Good day to all readers..may Allah bless us all..
Percutian lalu, sempena Tahun Baru Cina 2010 kali ini telah memberikanku sedikit sebanyak pengajaran. Bukannya selama ini tiada pengajaran atau diriku ini buta, tetapi peningkatan umur dan pengalaman telah menyedarkan aku..
Bagaimana mahu bermula..hmm, beginilah..tatkala usia pengajianku bak di hujung penjuru (around the corner)..aku tidak lagi merasakan kepulangan sebagai anak yang merantau jauh mencari ilmu,bersemangat tinggi, yang setiap kali pulang mahu bergembira tanpa sebarang duka..tetapi seolah2 semua itu bukan lagi diriku. Beberapa kepulangan sebelum ini telah mula memberikan petanda bahawa masanya telah tiba, untuk aku mengembangkan hidup aku dan mula berdikari. Kini sudahpun mencecah 23 tahun, semakin kerap pula aku mula berfikir bagaimana nanti ketika aku akan mula bekerjaya (InsyaAllah), bagaimana keadaan keluargaku, adik2ku..adakah semakin lama nanti aku akan mula "berjarak" sedikit demi sedikit. Walaupun belum masanya, tetapi raut wajah orang tuaku mula menandakan tanggungjawab baru akan bermula tak lama lagi. Waktu mudaku akan mula hilang, tanggungjawabku akan mula bertambah, kehendak agama semakin banyak..bagaimana pula dengan persiapan diri yang tidak seberapa ini.
Daku mula berfikir, betapa jauh juga berbeza diri ini dengan diriku yang dulu.. Saat bersekolah, saat mula menjejakkan kaki ke universiti. Bagaimana pengalaman mematangkan diri, pengajaran diterima walaupun pahit..dan berkongsi suka duka bersama teman di sini. Tetapi, baru diriku sedar perubahan jiwa..Kalau dahulu aku hanya mahu merasa bagaimana kehidupan di kawasan yang "maju"..Perasaan dan persekitaran ketika tinggal di "bandar2 besar"..Rupanya banyak yang telah aku gadaikan, yang telah aku lupakan sepanjang pengajian di sini. Baru aku sedar adab2ku telah banyak yang hilang, betapa bertambahnya cakap kosongku..begitu juga betapa bertambahnya angan2ku..keadaan persekitaran di sini yang membentuk jiwa aku yang selama ini secara halus..Kerana kelemahan diri aku juga~
Bila kukenang semula..aku sedar lebih baik aku KEMBALI PADA ASAL.. saat aku tidak punya angan2 yang banyak, saat di mana aku tidak menggadaikan adab dan budaya sopan, ya aku mengakui di sini juga aku seperti kata orang kampung: "Duduk bandar lama2, begitulah jadinya".
Aku mahu kembali..aku mahu berhenti berangan lagi..daku hanya mahu kembali kepada anak kampung yang dulunya hanya mahu membentuk atau sekurang2nya menjadi mangkin kehidupan yang lebih baik di tempatku, tanpa berbagai2 perasaan yang tidak baik yang kupelajari hanya di sini. Seolah2 aku telah "menggapai lebih dari apa yang aku patut capai"..Aku mahu berhenti menggapai..Daku lebih selesa tinggal dan hidup seperti orang biasa, yang tidak dikenali sesiapa..Walau tinggal di kampung juga xmengapa..asal aku dapat kembali dan menjadi orang yang berbudi kepada orang tuaku dan keluargaku, sudah cukup bagiku.
Nanti akan kucari jalan pulang ke kehidupan itu, akan aku lupakan budaya hidup di sini yang banyak mencorakkan bentuk jiwaku yang tidak baik ini.
~Ya Allah hilangkanlah sifat2 mazmumah diriku..dan jadikanlah aku di kalangan orang yang Engkau redhai..Cukuplah Engkau sebagai penolongku, yang memberiku kekuatan sepanjang hayatku~
P/s: Aku mahu menghargai adab sopan dan budi bahasa yang tinggi..seperti nasihat2 yang ditinggalkan dalam filem P.Ramlee. :-)
3 comments:
Alhamdulillah. Moga bantuan Allah sentiasa bersamamu.
Assalamualaikum,
Jangan salahkan tempat sebab dia tidak pernah bersalah,
Jangan salahkan takdir sebab itu rencana Allah.
Ada hikmah disebalik semua yang ditakdirkan.Dimanapun kita dicampak keimanan yang kental itulah yang akan menjaga kita dari tipu daya persekitaran.
betul..sbb itulah saya mengakui itu kelemahan diri saya~
Post a Comment