Wednesday, April 3, 2019

Langkawi Trip! Kuah,Pantai Cenang, Pantai Pasir Tengkorak dll Untuk Perkongsian!

Salam sejahtera kepada semua.

How's life?  I've now married, left blogging for quite some time and now wish to resume my writing again after all this while!

Been wanting to share some travel experiences but dunno where, so hope info given here be useful to those planning to Langkawi.




FASA 1:  Trip ke Jeti Kuala Perlis dari Shah Alam
From KL/Shah Alam: 7-8hours (xjam semasa tu)
-Anggaran tambang: sorg - RM54-58 (shah alam)
-Turun je hentian d jeti: hala ke blkg dan ikut jln besar ke jeti

Info jeti Kuala Perlis:-
-Berhampiran jeti: surau (jabatan laut punya) dan tandas rm0.50 -blh rujuk pengawal bertugas
-Tiket mula dijual dlm 7.00am
-Tiket harga (rm18 sehala) mac 2019
-Tmpt mknn berdekatan: bbrp jenis kedai..jenis local/thai..restoran hj abdul ghani 2 (agak mahal)-tp pilihan yg byk
Masjid berhampiran: Masjid Al Hussain.
-Lapang, tempat untuk berteduh sementara tggu waktu feri anda.
  
(Masjid Al Hussain (Kuala Perlis)

-Di checkpoint jeti Kuala Perlis:-
-Pintu masuk mcm LRT. Masuk secara scan qr code dr app(online) atau dari ticket fizikal.
-Tiada pemeriksaan xray bag. Hny notifikasi barangan yg tak boleh bawa.
-Blh masuk awal (sejam ke). Sejuk dari luar kerana aircon.
-Tiada tmpt tggu yg selesa di luar.
-Mmpunyai pintu bernombor (Pintu 1 / 2 / 3). Akn diberitahu feri pkul brp melalui pintu brp. 




FASA 2:  Feri

-Semasa ke feri:Boleh tnykn utk kepastian feri dan lokasi tmpt duduk (dari no tiket anda)
-Feri blh jadi berbeza saiz seat (mgikut penyedia, mcm isu d bas). Ruangan yg ada sebaiknya utk 2 beg sorg sahaja.
-Juga trdpt jaket keselamatan (pastikan ada ya) Satu blh diletak di ats para (ats tmpt duduk) dan satu bersama anda.
-Jika terlalu byk akn mengggngu ruangan penumpang lain.
-Ada ruangan khas utk bagasi besar di blkng feri (luar tmtp duduk anda)
-Perjalanan ambil masa dlm 45 minit.
-Sementara dalam feri blh tgk tygn cerita (filem) di tv disediakan.
-Feri terakhir pkul 7.00pm.ada jga shgga pkul 8pm (tmbhan)

 
(Semasa tunggu feri)




FASA 3: Ketibaan di Jeti Kuah dan Sekitarnya.

-Tiba di jeti kuah: Kompleks berhampiran jeti ini ialah kwsn mula duty free zone. Ada bbrp servis dn kemudahan.
-Anda akn lalui d pintu masuk terus ke complex beli belah jeti sndiri ( harga tidak dijamin bebas cukai).

-Kemudahan makan:
Food court: Banyak pilihan! Western kt food court ni portion besar tau. Harga ok! 
-Restoran/Tempat makanan lain: Kenny Rogers, Roti Boi, KFC, Old Town, Hameeds (mamak). 
Relax, don’t simply buy there impulsively. U will be back here to return to Semenanjung/Thailand, so masa utk shopping sini ada.

 









 









 













-Kemudahan membeli belah:
Kedai coklat, kraftangan dan yg berkaitan

-Kemudahan lain:
Surau,tandas,sewa troli untuk ke feri (RM2), tukaran wang asing,  servis kereta sewa dsbnya.

-Tempat menarik berdekatan:-
Dataran Lang (Jarak jalan kaki je).

 












FASA 4: Review Beberapa Kawasan Yang Sempat Dilawati

1.       Pekan Kuah

Kerana kami menetap di Bayview Hotel, maka apa2 yang kami perlukan hanya dicari berhampiran sahaja:-
-Hotel ini boleh tahan! Kemudahan: Sauna, swimming pool (agak kecil), breakfast included, spa (bayaran berasingan).Berdekatan dengan kemudahan sebab di pekan.
 

-Terdapat beberapa kemudahan di pekan Kuah ini:-
a)      Masjid Al Hana
b)      Bank2: Maybank,Ambank,RHB
c)       Farmasi: RX
d)      Kedai2 dobi seperti Laundry Bar
e)      Kedai makan better pergi yang dah di’review’ sahaja. Dari amatan kami, kedai2 biasa harganya agak mahal ttp kurangnya kualiti. (jangan main redah k)
f)       Pasar malam Kuah:-
-Berhadapan dengan Langkawi Baron Hotel. Kami pergi semasa hari Sabtu.
-Menu yang berpatutan: jika berkelapangan datanglah. Cumanya macam pasar malam biasa. -Sedikit perkongsian gambar:-
-Gedung beli belah bebas cukai seperti Hj Ismail Group (HIG) dan berkaitan. Sekali lagi diulang, harga di zon ini tidak seperti bebas cukai! :-)
*Antara barangan ditawarkan: Coklat, kain batik, ubatan tradisional, pinggan mangkuk.
-Kedai barangan segar : Bazar Rakyat dsb.
-Kedai serbaneka famous Langkawi (Byk betul cawangannya: CHOIS) , mcm 7E.
-Antara kedai makan yang sedap (Breakfast:) Restoran Sinaran Langkawi
Menu: Nasi kuning berlauk dan kuih yang lazat! Harga yang berpatutan.
Cth: Nasi kuning x 2  + ikan bilis (dua org) + telur rebus x1  = RM6 sahaja!

  
(Pekan Kuah dan Restoran Sinaran Langkawi)






(Pasar Malam Kuah)




2.       Pantai Pasir Tengkorak (Sandy Skulls Beach)

Laluan digunakan:
Melalui Kisap sehingga ke Pantai Pasir Tengkorak mengambil masa 40 minit (Kami dengan skuter). Jauh gak ttp berbaloi.
Antara tempat menarik ditemui sepanjang perjalanan ke sana:-
1.       Langkawi Wildlife Park (zoo)
2.       Langkawi Nature Park
3.       Kilim (Nampak macam aktiviti sukan lasak sekitarnya)
4.       Kampung Ayer Hangat
5.       Kompleks Krafttangan
6.       Taman Buaya
7.      Taman Awam Teluk Yu.
Taman Awam Teluk Yu: Pemandangan yang cantik. Jika ada food truck makanlah, sedap juga bihun sup pad harga RM4 itu di bawah pokok di taman berhampiran pantai ini.
 
 
 (Taman Awam Teluk Yu)

Sambungan perjalanan ke Pantai Pasir Tengkorak:-
Signboard untuk menandakan anda sudah tiba: ‘Hutan Lipur Pasir Tengkorak’. (Jika anda ikut jalan yang sama macam kami, jangan sampai terlajak tiba ke terowong, jika sampai situ, sudah terlajak)
Setibanya di pantai tersebut:
Masuk percuma. Tempat yang seindah khabar. Air yang jernih. Seronok tengok ikan, ada juga obor-obor kelihatan. Pantai yang bersih. Mungkin sebab jauh sebab itu kurang dilawati.

Kemudahan:-
a)      Tandas dan tempat persalinan. (RM1/entry)
b)      Chalet (ditutup sementara pengurusan baru dicari). Tiada tempat bermalam sesuai kerana berdekatan dengan hutan.
c)       Satu gerai makanan ringan (ada juga nasi lemak di waktu pagi) dan minuman.

Sedikit maklumat tambahan:
*Khabarnya jalan ke Pantai Pasir Tengkorak ditutup pada waktu malam. So pandai2lah timing nak pergi.
*Banyak kera di tepi jalan sepanjang perjalanan
*Lampu jalan kebiasaannya hanya ada di kawasan berhampiran bandar. Bersedia untuk bergerak dalam kegelapan malam jika anda ingin melalui jalan biasa / kampung yang jauh dari bandar.

 
 
  (Pantai Pasir Tengkorak)




3.       Pantai Chenang dan sekitarnya.

Yang ini kawasan famous. Jenuhlah meriah, oleh itu memerlukan perancangan supaya tidak terperangkap dengan kesesakan. Blh jadi sehingga berkilometer sebelum sampai sudah ‘jammed’.
Kerana:
-Banyaknya kedai makan, resort, dan cenderahati serta perkhidmatan. di sepanjang jalan ke pantai tersebut. Jalan masuk utamanya ‘one way sahaja’. Jika boleh naik skuter/ motor lebih baik.
-Kedai tawarkan motorsikal dan skuter sewa, pakej aktiviti berkaitan juga banyak (Tempat yang senang nk cari kenderaan sewa).
-Kedai makan banyak jenis, ada banyak yang jenis seafood timbang (kalau blh cari yang RM5-RM6/100g). Ada juga baanyaak kedai menu Arab.
-Lihat contoh gambar kesesakan (ini sewaktu LIMA 2019 dan juga bersempena cuti sekolah):-


-Terdapat juga gedung di hujung menghampiri pantai Cenang ini: Cenang Mall. Kami xmasuk tp nampaklah kedai baju dan kasut dari luar.
-Pantai Cenang ketika kami sampai ini sudah malam, so apa yang ada ialah sewa tikar + lampu untuk santai

 Sedikit lagi gambar untuk dikongsi:-
 
 

(Sekitar Pantai Cenang)


FASA 5: Kepulangan

-Check out dari hotel pukul 12.00pm ngam2, terus ke Jeti Kuah naik MyCar (RM6).
-Beli tiket pkul 3pm, so jalan2 dulu.
-Semasa ingin ke balai pelepasan:-
-Perhatikan kawasan anda ingin tuju: Domestik (Feri ke Pulau Pinang vs Kuala Kedah/Kuala Perlis berlainan tempat bertolak /antarabangsa seperti Satun.
-Anda akan melalui pemeriksaan bagasi (X-ray), serta stesen kastam.
-Ke feri: ikut laluan yang telah disediakan.

 
 (Sedang ke jeti untuk pulang, bye!)


So setakat ini, dulu. InsyaAllah akan lagi secepat yang mampu. Until next time!